Tuesday, February 23, 2010

Contoh teks ceramah Maulidul Rasul


Umat Islam kontemporari terbahagi kepada 3 golongan;

  • Umat Islam yang mengadakan majlis Maulidu Rasul dengan cara membaca kisah Nabi s.a.w(umat Islam Malaysia membaca Maulid Barzanji), menjamu makan kepada fakir miskin, berdiri ketika berselawat dan berceramah. Semua ini dilakukan dengan niat melahirkan kegembiraan, rasa syukur dan terima kasih kepada Allah Taala kerana mengutuskan seorang Nabi.
  • Umat Islam yang mengadakan Maulidu Rasul dengan cara berceramah sahaja. Ceramah pula terbahagi kepada dua. Pertama ceramah tentang kisah Nabi s.a.w. Kedua ceramah tentang royalti minyak, isu perkauman dll. Ceramah pertama akan mendapat kelebihan Maulid Rasul.
  • Umat Islam yang terlalu maju dan moden. Golongan ini tidak menyambut hari kelahiran Nabi sama sekali. Malah, mereka menyesatkan pula umat Islam golongan pertama.

Hukum Menyambut Kelahiran Rasulullah

Hukumnya ialah Bid'ah Hasanah

Sejarah Maulidul Rasulullah

      Orang pertama yang mengadakan majlis Maulidul Rasul secara besar-besaran ialah al- Malik al-Muzaffar Abu Said Kawkabari b. Zainuddin. Beliau ialah seorang raja yang adil dan alim pada kurun ke-3H. Setiap tahun beliau membelanjakan 100,000 dinar (1 dinar kelantan= RM 478) bagi mengadakan majlis yang besar ini. Ulama-ulama besar dan orang-orang kenamaan dijemput hadir beramai-ramai. Dalam majlis tersebut dihidangkan 5000 kepala kambing panggang, 10,000 ekor ayam, 100,000 susu dan 30,000 manisan. Semuanya ini dilakukan kerana gembira dan melahirkan kesyukuran dengan kelahiran Nabi s.a.w. Kesimpulannya, buatlah apa-apa kebajikan nescaya dapat lah kelebihan mengadakan maulid Nabi sebagai mensyukuri di atas nikmat Allah tersebut.

Kelebihan Membuat Maulid Nabi

      Berkata Imam Sayuti " Orang yang membaca maulid Nabi(orang Melayu baca maulid Barzanji) akan dimurahkan rezeki,dijauhkan Allah daripada bala' kebakaran, kecurian, hasad dengki dan mudahkan soal Mungkar Nakir"
Satu kisah telah berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik b. Marwan iatu seorang pemuda di negeri Syam yang sedang asyik menunggang kuda, tiba-tiba kuda tersebut berlari dengan laju menyebabkan pemuda itu hilang kawalan lalu merempuh anak Khalifah sehingga mati. Pemuda itu ditangkap dan dibawa berjumpa dengan khalifah. Sebelum berjumpa dengan khalifah terlintas di hatinya " Jika Allah Taala menyelamatkan aku daripada kesusahan ini, nescaya aku akan mengadakan jamuan maulid Nabi s.a.w dan akan dibaca kisah maulid." Sebaik sahaja khalifah melihat pemuda tersebut, maka hilang perasaan marah yang teramat sangat itu lalu baginda bertitah "Wahai pemuda! Adakah kamu pandai ilmu sihir?" Demi Tuhan, hamba tidak pandai, wahai Amirul Mukminin....." jawab pemuda itu. Baginda bertitah lagi " Aku telah memaafkan kesalahan kamu....tetapi, ceritakanlah kepadaku apa yang kamu telah baca?" Pemuda itu lantas bersembah" Tiada hamba baca melainkan satu kalimah sahaja iatu jika Allah menyelamatkan hamba daripada kesusahan ini, nescaya hamba akan mengadakan jamuan maulid Nabi secara besar-besaran." Akhirnya, pemuda itu dibebaskan daripada qisas(bunuh balas)dan diberi pula wang emas sebanyak 1000 dinar.

Beberapa peristiwa sebelum dan semasa kelahiran Rasulullah:

         Menurut pendapat yang Rajih, Rasulullah dilahirkan sebelum fajar hari Isnin bersamaan 12 Rabiu'l Awwal Tahun Gajah. Pendapat yang masyhur selepas 50 hari peristiwa tentera Raja Abrahah. Ada juga ulama' berpendapat selepas sebulan, 40 hari dan ada juga yang mengatakan pada hari peristiwa itulah dilahirkan Nabi Muhammad.

Sebab dinamakan Tahun Gajah: 


    Diriwayatkan bahawa seorang raja Yaman yang dikenali sebagai Abrahah ( nama sebenarnya ialah Asyram) telah membina sebuah gereja di San'a (صنعاء ) iatu daratan Yaman. Lalu, Abrahah menulis sepucuk surat kepada Raja Najasyi(iatu raja Habasyah). Dalam surat tersebut dia berkata " Sesungguhnya saya telah membina bagi tuanku sebuah gereja yang tiada tandingan di San'a.... dan saya tidak akan berganjak sehinggalah saya dapat mengalihkan manusia daripada Makkah ke gereja tersebut".( sebenarnya Abrahah dengki kepada orang Arab kerana setiap musim Haji manusia akan berduyun- duyun ke Baitillah al- Haram). Niat Abrahah itu akhirnya diketahui oleh seorang lelaki Arab yang bernama Malik b. Kinanah(pengarang Madarij al- Su'ud menyebut lelaki Bani Malik b. Kinanah). Pada suatu malam, lelaki tersebut telah masuk ke dalam gereja itu lalu membuang air besar dan melumurkan qiblatnya dengan najis. Raja Abrahah sangat marah dan bersumpah akan meruntuhkan kaabah lalu ditulis pula sepucuk surat kepada Raja Najasyi. Dalam surat dia menceritakan apa yang telah berlaku dan memohon bantuan ketenteraan iatu seekor gajah yang besar bernama Mahmud. Kemudian, berjalanlah Abrahah bersama-sama 60,000 bala tenteranya menuju ke Kota Makkah. Dalam perjalanannya, dia diserang oleh beberapa puak arab, tetapi dapat dikalahkannya...sampai sahaja di Mughammis, Abrahah memerintah seorang lelaki Habsyah(al-Aswad B Mas'ud supaya menyamun binatang ternakan Quraish( 400 ekor unta milik Abd. Muttalib juga turut disamun). Setelah Abd. Muttalib mengetahui tujuan sebenar Abrahah datang ke Makkah maka, atas jemputan Hannatah( wakil Abrahah) beliau datang sendiri dengan beberapa anaknya untuk berbincang dengan Abrahah mengenai untanya yang telah disamun oleh al-Aswad itu. Hal ini menghairankan Abrahah kerana sepatutnya Abd. Muttolib sebagai pemimpin kota Makkah berbincang mengenai Kaabah. Walaubagaimanapun, Abd. Muttolib sempat memberi amaran kepadanya "Sesungguhnya Baitillah itu ada pemiliknya(iaitu Allah) yang akan menghalang kamu". Namun amaran itu tidak diendahkannya.
       Abrahah telah membuat   persiapan  terakhir untuk memasuki kota Makkah. Belum sempat memasukinya, Allah telah mengutuskan burung yang berpuak-puak sebagai tentera untuk membinasakan Abrahah dan tenteranya.....Tamat...


Teguran ikhlas terhadap sebarang kesalahan maklumat dan fakta amat-amat dialukan.Sekian
       
     

Sunday, February 7, 2010

Madrasah Sawlatiyyah Makkah al- Mukarramah

 




        Madrasah Sawlatiyyah merupakan sekolah pertama di Makkah al- Mukarramah. Ia diasaskan oleh seorang ulama' besar dari India al- Allamah Syaikh Muhammad Rahmatullah b. Khalilullah pada tahun 1292H dengan dibiayai oleh seorang wanita dermawan bernama Sawlat al- Nissa'. Oleh itu, untuk mengenang pengorbanan besar tersebut, sekolah ini dikenali sebagai Madrasah Sawlatiyyah.

       Sistem pengajian Madrasah Sawlatiyyah telah mengalami empat peringkat(fatrah):

  • Peringkat pertama iatu dari tahun 1292H- 1325H
  • Peringkat kedua bermula tahun 1326H- 1346H
  • Peringkat ketiga dari tahun 1347H-1382H
  • Peringkat keempat ( 1383H-1392H)



Peringkat pertama(1292H- 1325H)

       Pada peringkat ini, sistem pengajiannya adalah mengikut gaya al- Azhar dan sekolah-sekolah agama lama di India. Sesi persekolahannya bermula pada 5 Syawwal setiap tahun iatu selepas peperiksaan umum yang diadakan pada bulan Syaaban. Setiap matapelajaran diajar tidak kurang daripada satu jam atau satu jam setengah dan bilangan hisahnya(slot) adalah antara 4-5 hisah setiap hari. Berikut adalah beberapa judul kitab yang diajar dalam tempoh ini;

  • al- Quran
  • al- Qaduri, Kanzu al- Daqaiq dan al- Hidayah ( Fiqh)
  • al- Syasyi dan Nurul Anwar ( Usul Fiqh)
  • Ajrumiyyah, al- Kafiyah dan Mula Jami ( Nahu)
  • Matan al- Bina' dan matan Maqsud (Sarf)
  • al- Yisaghuji, Syarah Qala Aqul, al- Tahzib dan syarahnya ( Mantiq)
  • al-Jalalain ( Tafsir)
  • al-Misykah (Hadith)
  • Mukhtasar al- Maani(Balaghah)
  • Kalilah Wa Dimnah, al- Maqamat al- Hariri dan Diwan al- Mutanabbi(Adab/Sastera)
  • Nukhbah al- Fikr( Mustolah)
  • Ibn Khaldun(Sejarah)
Peringkat kedua (1326H- 1346H)
                                   
 Marhalah Tahdiriyyah(3 tahun)
        
      Di antara matapelajaran yang diajar pada marhalah ini ialah; 
  •  Al-Quran 
  • Matan abu syuja’ (fiqh) 
  • Asas sirah nabawiyyah (sejarah)
  • Khat   
  •  Matematik

Marhalah Ibtidaeiyyah (4 tahun)

Di antara matapelajaran yang diajar;         
  • al-Quran(hafazan
  • Risalah al-Fiqh dan Tahrir( fiqh Syafie)
  •  Nur al-Idoh dan al-Quduri(fiqh Hanafi)
  • Hidayah al-Mustafid(tajwid)
  •  Mukhtasar Jiddan( Nahu)
  •   Matan Isaghuji(mantiq)
  • Syarah Mutimmimah(nahu)
  •  Matan al-Maqsud dan syarahnya(saraf)
  • Tarikh al-Khulafa’al-Rasyidin(sejarah)

Marhalah Thanawiyyah(4 tahun)

Di antara yang diajar ialah;
  •   Al-Jalalain(tafsir)
  •  Misykah al-Masobih dan Sunan Tirmizi(hadith)
  •  Matan Minhaj(fiqh Syafie)
  • Al-Wiqayah(fiqh Hanafi)
  •   Risalah al-Azhar dan Syarah al-Sirajiyyah(faraidh)
  • Matan Sanusiyyah, Matan Jauharah dan Aqaid Nasafi(ilmu kalam)
  • Al-Waraqat, Lubbu al-Usul, Tamhid al-Asnawi dan Nur al-Anwar(usul fiqh)
  • Al-Thamarat al-Janiyyah(falak)
  • Syuzur dan al-Kafiyah(nahu)
  •  Talkhis dan Jauharah al-Maknun(balaghah)
  •  Syarah Qala Wa Qila(mantiq)
  •  Manzumah al-Ramizah(arudh)
  •  Al-Maqamat al-Hariri(adab)
  • Tarikh Ibn Hisyam
Marhalah al-Aliyah(2 tahun) 

Antara madah yang diajar ialah;
  • Tafsir al-Baidhowi
  •  Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
  •  Al-Mahalli(fiqh Syafie)
  • Jam’u al-Jawami’(usul fiqh)
  •  Ibn Khaldun(sejarah)

Tempoh yang perlu dilalui oleh seorang pelajar untuk bergelar graduan ialah 13 tahun.

Peringkat ke- 3 (1347H-1382H)

      Tempoh pengajian pada peringkat ini masih lagi 13 tahun. Namun terdapat beberapa judul kitab mengalami  perubahan . Contohnya, di marhalah Thanawiyyah diajar;
  •   Bulughu al-Maram(hadith). Kitab Misykah al-Masobih tidak diajar sebagaimana fatrah ke-2
  • Kitab al-Tauhid(tauhid)
  • Al-Rahbiyah(faraidh). Kitab Syarah al-Sirajiyyah tidak diajar dalam fatrah ini.
  •  Al-Waladiyah(adab perdebatan).
Marhalah al-Aliyah pula diajar;
  • Tafsir Ibn Khatir sebagai ganti tafsir al-Baidhowi
  •  Ditambah Sunan Nasaei, Abu Dawud dan al-Muwatta’(hadith)

Peringkat ke-4 (1383H-1392H)

       Berbeza dengan fatrah ke-2 dan ke-3, peringkat ini telah disingkatkan tempoh pengajiannya sehingga menjadi 10 tahun. Ia bermula dari marhalah Ibtidaeiyyah(4 tahun) kemudiannya ke marhalah Thanawiyyah(4 tahun) dan berakhir di marhalah al-Aliyah(2 tahun) .Manakala marhalah Tahdiriyyah telah dihapuskan pada fatrah ini. Antara kitab-kitab yang menjadi teks pengajaran ialah;
  • Matan Abi Syuja’(fiqh Syafie)
  • Al-Tuhfat al-Saniyyah, Qatr al-Nada dan Ibn Aqil(nahu)
  • Al-Balaghah al-Wadhihah
  • Nur al-Yakin( sejarah)
  •  Jalalain dan Ibn Khathir(tafsir)
  • Raf’u al-Astar(Mustolah)
  • Fath al-Majid(tauhid)
  •   Syamail(hadith perihal Rasulullah)
  • Al-Itqan(usul tafsir)
  • Syinsyauriyyah(faraidh)


 Sumber rujukan:

                            al-Madrasah al-Sawlatiyyah oleh Dr. Syeikh Ahmad Hijazi al-Saqa






Thursday, February 4, 2010

Biodata ringkas Tok Ayah Kob

     

      Nama Tuan Guru Hj. Yaakub b. Abdullah b. Saleh al- Fatani atau dikenali sebagai Tok Ayah Kob dan Baba Kob ini sangat berkait rapat dengan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan Patani Darul Salam(PULO) pada tahun 70an dan 80an. Walaupun namanya masyhur di seluruh pelusuk Patani Darul Salam, namun rata-rata penduduk Patani tidak mengetahui latar belakangnya.

Tuesday, February 2, 2010

Senarai Kitab Sarf Yang Dipelajari Di Pondok


1. HALLU AL-MA'QUD

2. SYARAH BAHRUQ ALA LAMIAH AL-AFA'AL


3. TALKHIS AL-ASAS

4. TAJRID AL-ADANI