Monday, September 3, 2012

AMALAN PUSAKA NENEK MOYANG KITA

       Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana ni'matnya yang tidak terbilang ke atas diri saya. Di antara ni'matnya yang tersebut, Allah Taala telah  melanjutkan usia nenenda sekaligus saya langsung dapat menerima ijazah beberapa amalan yang diambil daripada gurunya di Patani dan Makkah al-Mukarramah sekitar tahun 1950an. Di bawah ini saya berkesempatan untuk memperturunkan satu amalan yang dikira penting bagi umat Islam yang berada di akhir zaman ini iaitu zaman yang banyak berlaku kezaliman terhadap sesetengah anak-anak cucu Tok Adam Alaihissalam dengan membunuh,menyeksa, merampas harta,mencuri dan lain-lain lagi. Semua ini bepunca daripada hubbu dunia(kasih dunia) yang ialah kepala pengat segala maksiat. Kita memohon perlindungan daripada Allah Taala daripada penyakit ini. Menurut nenenda, amalan ini(BARANGKALI INILAH DIKATAKAN ORANG SEBAGAI DOA' KOTA TAUHID) telah diambil daripada gurunya Sahibul al-Karamat Tuan Guru Hj. Abdul Qadir al-Fatani kemudian telah bentang kepada guru mursyidnya al-Arif Billah al-Zahid al-Sufi Syeikh Abdul Rahman al-Fatani(masyhur dengan gelaran Tok Peda).Modahan Allah Taala memenfaatkan kita dengan ilmu-ilmunya.