Tuesday, April 16, 2013

IMAM MAHDI TELAH ADA



   Imam al-Sayuti telah menaqalkan daripada gurunya Syeikh al-Iraqi sesungguhnya al-Mahdi telah dilahirkan pada tahun 255H. Berkata Imam al-Sayuti pendapat ini telah dipersetujui oleh Syeikh Ali al-Khawwas. Oleh itu umurnya sekarang(zaman Imam al-Sayuti iaitu tahun 958H) telah sampai 703 tahun. Ahmad al-Ramli juga telah menyebut bahawa Imam Mahdi telah ada sebagaimana yang disebut oleh al-Sya’arani. Tamat perkataan daripada al-Habib Ulwi Bin Ahmad al-Haddad. Dengan ini umur Imam al-Mahdi pada tahun 1301H ialah 1046 tahun

SYARAHAN KALIMAH TAUHID SIRI 2



      Maka adalah ( لا اله الا الله) itu terkandung atas nafi dan ithbat. Maka yang dinafikan dengan ( لا اله) itu tiap-tiap satu daripada hakikat ketuhanan yang lain daripada Allah Taala dan yang diithbatkan dengan ( الا الله) itu daripada demikian hakikat itu tuhan yang esa lagi tunggal yaitu Allah Taala dan didatangkan dengan mengithbatkan dengan lafaz ( الا) itu kerana menyimpankan hakikat ketuhanan itu atas Allah Taala jua ertinya tiada dapat ada demikian hakikat itu bagi yang lain daripada Allah Taala sekali-kali pada dalil aqli dan dalil Syarie ( Maka jika) dikata orang bagi engkau bahwasa tuhan yang disembah dengan sebenar pada hakikat yang lain daripada Allah itu tiada ada sekali-kali. Maka bagaimana sah dinafikan dia kerana menafikan barang yang tiada ada itu tahsil al-hasil ( nescaya engkau jawabkan daripadanya) Bermula makna menafikan demikian itu mekhabarkan dan mentahqiqkan akan ketiadaan ada tuhan yang lain daripada Allah Taala bukan maknanya itu meniadakan barang yang tiada ada dan tahsil al-hasil itu meniadakan barang yang tiada ada ( Dan) sah dijadikan nafi itu berhadap kepada barang yang di dalam hati orang yang mukmin kerana bahwasa hati itu merupa ia atas jalan fardhu dan taqdir akan ada beberapa tuhan yang disembah dengan sebenar kemudian menghukum ia atas sekeliannya dengan nafi melainkan Allah Taala jua yang tiada dinafikan dia (Dan) bukanlah nafi itu berhadap kepada yang disembah dengan sebenar yang di dalam hati orang kafir kerana bahwasa barang yang di dalam hati orang kafir itu daripada berhala dan matahari dan lainnya thabit tiada sah nafinya kerana bahwasa berhala dan lainnya daripada barang yang disembah dengan  tiada sebenar itu ada ia pada kharij dan barang yang ada itu tiada sah nafinya.

Thursday, April 11, 2013

BICARA KALIMAH TAUHID DI DALAM KITAB خلاصة الجواهر (siri 1)


Berkata; Tuan Guru Hj. Sulong al-Fatani:(klik  di sini  untuk pengenalan kitab)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله التموحد فى إيجاد الخلق وإعدامه بإرادته وقدرته والممتاز يبننا وبين الضالين بانتساب الكسب والاختيار لعبده


   Bermula puji itu bagi Allah tuhan yang Esa ia pada mengada makhluk dan meniadakan dia dengan iradatnya dan kudratnya. Dan tuhan yang membeza ia antara kita Ahlu Sunah Wal Jemaah dan antara orang yang sesat dengan terbangsakan usaha dan ikhtiar bagi hambanya.

Monday, April 8, 2013

SIRI HURAIAN KALIMAH TAUHID





 Link ke siri 1 di sini




SENARAI BEBERAPA KITAB USULUDDIN


     Usuluddin atau akar umbi agama adalah satu disiplin yang sangat penting. Seseorang mukallaf yang hidup tanpa usuluddin maka tiada agama baginya. Oleh itu, ulama-ulama' salaf dan khalaf sangat mengambil berat disiplin ini dengan cara mengarang kitab-kitab supaya dapat dimanfaatkan oleh ummat Islam. Pada kali ini, saya akan senaraikan beberapa judul kitab usuluddin dan sebahagian besar daripadanya dipelajari secara tahqiq di pondok-pondok Patani dan lainnya:

1. Syarah Abdul Salam Ala al-Jauharah. Merupakan syarah(huraian kepada matan Jauharah al-Tauhid bagi Imam al-Laqqani).



2. Syarah Ummul Barahin bagi Sidi Muhammad al-Sanusi. Matan Ummul al-Barahin yang telah dibekati Allah Taala ini telah disyarah oleh muallifnya sendiri Sidi Muhammad al-Sanusi. Syarah ini dicetak bersama Hasyiah al-Dusuki. Kitab peringkat tinggi.
 


3. Syarah al-Hud Hudi. Syarah kepada matan mubarak Ummul Barahin. Dicetak bersama hasyiah Syarqawi.



4. Tahqiq al-Maqam Ala Kifayatil Awwam. Cetakan bersama Hasyiah al-Baijuri


5. Syarah al-Taftazani Ala al-Aqaid al-Nasafiah. Kitab ini lebih tinggi daripada Syarah Ummul Barahin di atas.





6. Tuhfat al-Murid Ala Jauharah al-Tauhid oleh Syeikh al-Islam Ibrahim al-Baijuri. Kitab peringkat sederhana, sebaya dengan kitab Hasyiah al-Baijuri Ala Ummil Barahin.



7. Fathul Majid Fi Syarhi al-Durril Farid bagi Syeikh Muhammad al-Nawawi Bin Umar al-Jawi




8. al-Qaulul Mufid, karangan Maulana Syeikh Muhammad Bakhit




9. Aqidah al-Najin bagi Syeikh Zainal Abidin B. Muhammad al-Fatani( Tuan Minal) syarah kepada matan Ummul Barahin.




10. Faridah al-Faraid. Salah sebuah kitab usuluddin masyhur dan banyak dipelajari di pondok-pondok Patani dan Kelantan. Alirannya ialah mazhab al-Asya'ari.


















Saturday, April 6, 2013

FADHILAT AL-SYEIKH ABDUL QADIR AL-MANDILI DAN BEBERAPA MUAALLAFATNYA


    Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Belanda pada 1917 dan lulus kelas Lima pada 1923. Pada 1924, berhijrah ke Kedah kerana mendalami ilmu agama. Pada mulanya beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Bakar Tobiar, di Pondok Penyarum, Pendang, kemudian berpindah ke Pondok Air Hitam di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Idris dan Lebai Dukun. Pada 1926, Sheikh Abdul Qadir memasuki Madrasah Darul Saadah Al-Islamiyah (Pondok Titi Gajah ) yang ketika itu baru diambil alih oleh Sheikh Wan Ibrahim Abdul Qadir (Pak Chu Him). Beliau berguru dengan Pak Chu Him selama 10 tahun sehingga diterima sebagai guru pembantu di pondok ini sekitar 1934. Sesudah 10 tahun di Titi Gajah, Sheikh Abdul Qadir berhasrat untuk berguru dengan abang Pak Chu Him, Sheikh Wan Ismail Abdul Qadir (Pak Da Eil), seorang ulama besar di Makkah ketika itu. Pada 1936, beliau bertolak ke Makkah dan berguru dengan beberapa ulama besar seperti Pak Da Eil Al-Fathani, Sheikh Al-Maliki, Sheikh Hassan Al-Mashat, Sheikh Muhammad Al-Arabi, Sheikh Syed Al-Alawi dan Sheikh Mohamad Ahyad. Turut menjadi guru beliau ialah Sheikh Hasan Yamani, Sheikh Mohamad Nur Saif, Sheikh Yasin Isa Al-Fadani, Sheikh Abdullah Lahji dan Sheikh Zakarian Abdullah Bela.
(sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Qadir_Bin_Abdul_Mutalib dan sedikit pembetulan pada ejaan)

    Berikut adalah senarai beberapa karangannya yang sempat dicetak:


1. KEBAGUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN KECELAAN UNDANG-UNDANG MANUSIA, CETAKAN AL-ANWAR, MESIR (SYAWAL 1381H)





2. SINAR MATAHARI (PENOLAKAN FAHAMAN KAUM MUDA YANG DIBAWA OLEH ABU BAKAR AL-ASYA'ARI) CETAKAN AL-ANWAR, MESIR  (MUHARRAM 1379H)



3. ISLAM AGAMA DAN KEDAULATAN(HURAIAN TENTANG CIRI-CIRI KERAJAAN ISLAM, HUKUM BERKONGSI DENGAN ORANG KAFIR DALAM MEMERINTAH ORANG ISLAM, PENAFIAN PAK DA EIL AL-FATANI TERHADAP TULISAN HJ. GHAZALI BIDONG.....) CETAKAN AL-ANWAR, MESIR(SYAWWAL 1379H)



4. MENAKUTKAN DAN MELIARKAN DARIPADA MEMASUKKAN ORANG-ORANG ISLAM AKAN ANAK-ANAK MEREKA ITU KE DALAM SEKOLAH ORANG KAFIR. CETAKAN AL-ANWAR, MESIR(RABI' AL-AWWAL 1380H)



5. AL-MAZHAB ATAU TIADA HARAM BERMAZHAB. CETAKAN AL-ANWAR, MESIR(RAMADHAN 1379H)


6. SABILILLAH(HURAIAN MAKSUD SABILILLAH YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT) CETAKAN  UNITED PRESS, PENANG, T.T)


7. PEMBANTU SEKELIAN ORANG ISLAM. CETAKAN KEDUA DI AL-ANWAR, MESIR(1375H)



8. SIASAH DAN LOTERI SERTA ALIM ULAMA'. CETAKAN AL-ANWAR, MESIR(SAFAR 1382H)


9. AL-ASAD AL-MU'AR(HUKUM CINA BUTA) CETAKAN AL-ANWAR, MESIR(MUHARRAM 1379H)