Sunday, November 16, 2014

KAEDAH PENGAJIAN KITAB YANG TERBAIK DI ABAD INI


     Pelbagai cara dan teknik telah digunakan oleh para guru dan asatizah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Namun, apabila melihat kepada keberkesanan ulama-ulama Jawi samada di Tanah Haram Makkah atau di institusi - institusi pondok tempatan dalam mengkaderkan pelapis-pelapis ulama, maka kaedah talaqqi dan memperincikan kalimah - kalimah dalam kitab adalah terbaik untuk abad-abad yang kebelankangan ini. Para pelajar akan membawa kitab yang akan dibaca sendiri oleh guru atau murid kanannya dan akan memberi tumpuan kepada  setiap kalimah yang diperincikan. Sebelum itu, guru akan mengi'rabkan kalimah-kalimah yang sukar dan ini bergantung kepada kemampuan pelajar itu sendiri. Jika pelajar peringkat rendah (mubtadi) maka sang guru akan mengi'rabkan kalimah demi kalimah. Manakala pelajar peringkat tinggi, ( contohnya pelajar Masjidil Haram) sang guru akan mengi'rabkan kalimah-kalimah yang tertentu sahaja sesuai dengan pelajarnya yang sudah berpengalaman dengan ibarat kitab. Kemudian, kalimah yang diperincikan pula mungkin dari sudut terjemahannya atau kehendak pengarang mengikut konteks bab yang dipelajari. Selain itu, sang guru juga akan mengembalikan dhomir dan musyar ilaih bagi isim isyarat supaya muridnya dapat memahami ibarat kitab dengan betul. Bagi mengelakkan daripada terlupa taqrir atau huraian gurunya, pelajar akan membuat catatan   ( dhabt ) di tepi - tepi kitab samada menggunakan bahasa ibunda atau bahasa Arab. Sila lihat contoh-contoh di bawah. UNTUK PAPARAN YANG LEBIH DEKAT SILA KLIK PADA IMEJ. SEMOGA ALLAH MEMBERI MANFAAT.


\
 TAFSIR AYAT AHKAM
(KITAB IKLIL SAYUTI)


TAFSIR AYAT AHKAM



BULUGHUL MURAM


 UMDATUL AHKAM
(HADITH AHKAM)


TAFSIR JALALAIN


TAFSIR JALALAIN


SYARAH FAKIHI
(NAHU)


SYARAH FAKIHI
(NAHU)


SYARAH FAKIHI
(NAHU)


JAUHARUL MAKNUN
(BALAGHAH)


SYINSYAURI
(FARAIDH)



IQNA
(FIQH)


SYARAH ABDUL SALAM
(USULUDDIN)


SYARAH MAHALLI
(FIQH)



Thursday, November 13, 2014

SIBAWAIH PATANI KEMBALI KE RAHMATULLAH

TUAN GURU HJ ABDULLAH SARAH AL-FATHONI TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA TANGGAL 19 MUHARRAM 1436H


Ribuan umat islam yang menghadiri jenazah Tuan Guru. اللهم اغفرله