Sunday, February 7, 2010

Madrasah Sawlatiyyah Makkah al- Mukarramah

 




        Madrasah Sawlatiyyah merupakan sekolah pertama di Makkah al- Mukarramah. Ia diasaskan oleh seorang ulama' besar dari India al- Allamah Syaikh Muhammad Rahmatullah b. Khalilullah pada tahun 1292H dengan dibiayai oleh seorang wanita dermawan bernama Sawlat al- Nissa'. Oleh itu, untuk mengenang pengorbanan besar tersebut, sekolah ini dikenali sebagai Madrasah Sawlatiyyah.

       Sistem pengajian Madrasah Sawlatiyyah telah mengalami empat peringkat(fatrah):

  • Peringkat pertama iatu dari tahun 1292H- 1325H
  • Peringkat kedua bermula tahun 1326H- 1346H
  • Peringkat ketiga dari tahun 1347H-1382H
  • Peringkat keempat ( 1383H-1392H)



Peringkat pertama(1292H- 1325H)

       Pada peringkat ini, sistem pengajiannya adalah mengikut gaya al- Azhar dan sekolah-sekolah agama lama di India. Sesi persekolahannya bermula pada 5 Syawwal setiap tahun iatu selepas peperiksaan umum yang diadakan pada bulan Syaaban. Setiap matapelajaran diajar tidak kurang daripada satu jam atau satu jam setengah dan bilangan hisahnya(slot) adalah antara 4-5 hisah setiap hari. Berikut adalah beberapa judul kitab yang diajar dalam tempoh ini;

  • al- Quran
  • al- Qaduri, Kanzu al- Daqaiq dan al- Hidayah ( Fiqh)
  • al- Syasyi dan Nurul Anwar ( Usul Fiqh)
  • Ajrumiyyah, al- Kafiyah dan Mula Jami ( Nahu)
  • Matan al- Bina' dan matan Maqsud (Sarf)
  • al- Yisaghuji, Syarah Qala Aqul, al- Tahzib dan syarahnya ( Mantiq)
  • al-Jalalain ( Tafsir)
  • al-Misykah (Hadith)
  • Mukhtasar al- Maani(Balaghah)
  • Kalilah Wa Dimnah, al- Maqamat al- Hariri dan Diwan al- Mutanabbi(Adab/Sastera)
  • Nukhbah al- Fikr( Mustolah)
  • Ibn Khaldun(Sejarah)
Peringkat kedua (1326H- 1346H)
                                   
 Marhalah Tahdiriyyah(3 tahun)
        
      Di antara matapelajaran yang diajar pada marhalah ini ialah; 
  •  Al-Quran 
  • Matan abu syuja’ (fiqh) 
  • Asas sirah nabawiyyah (sejarah)
  • Khat   
  •  Matematik

Marhalah Ibtidaeiyyah (4 tahun)

Di antara matapelajaran yang diajar;         
  • al-Quran(hafazan
  • Risalah al-Fiqh dan Tahrir( fiqh Syafie)
  •  Nur al-Idoh dan al-Quduri(fiqh Hanafi)
  • Hidayah al-Mustafid(tajwid)
  •  Mukhtasar Jiddan( Nahu)
  •   Matan Isaghuji(mantiq)
  • Syarah Mutimmimah(nahu)
  •  Matan al-Maqsud dan syarahnya(saraf)
  • Tarikh al-Khulafa’al-Rasyidin(sejarah)

Marhalah Thanawiyyah(4 tahun)

Di antara yang diajar ialah;
  •   Al-Jalalain(tafsir)
  •  Misykah al-Masobih dan Sunan Tirmizi(hadith)
  •  Matan Minhaj(fiqh Syafie)
  • Al-Wiqayah(fiqh Hanafi)
  •   Risalah al-Azhar dan Syarah al-Sirajiyyah(faraidh)
  • Matan Sanusiyyah, Matan Jauharah dan Aqaid Nasafi(ilmu kalam)
  • Al-Waraqat, Lubbu al-Usul, Tamhid al-Asnawi dan Nur al-Anwar(usul fiqh)
  • Al-Thamarat al-Janiyyah(falak)
  • Syuzur dan al-Kafiyah(nahu)
  •  Talkhis dan Jauharah al-Maknun(balaghah)
  •  Syarah Qala Wa Qila(mantiq)
  •  Manzumah al-Ramizah(arudh)
  •  Al-Maqamat al-Hariri(adab)
  • Tarikh Ibn Hisyam
Marhalah al-Aliyah(2 tahun) 

Antara madah yang diajar ialah;
  • Tafsir al-Baidhowi
  •  Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
  •  Al-Mahalli(fiqh Syafie)
  • Jam’u al-Jawami’(usul fiqh)
  •  Ibn Khaldun(sejarah)

Tempoh yang perlu dilalui oleh seorang pelajar untuk bergelar graduan ialah 13 tahun.

Peringkat ke- 3 (1347H-1382H)

      Tempoh pengajian pada peringkat ini masih lagi 13 tahun. Namun terdapat beberapa judul kitab mengalami  perubahan . Contohnya, di marhalah Thanawiyyah diajar;
  •   Bulughu al-Maram(hadith). Kitab Misykah al-Masobih tidak diajar sebagaimana fatrah ke-2
  • Kitab al-Tauhid(tauhid)
  • Al-Rahbiyah(faraidh). Kitab Syarah al-Sirajiyyah tidak diajar dalam fatrah ini.
  •  Al-Waladiyah(adab perdebatan).
Marhalah al-Aliyah pula diajar;
  • Tafsir Ibn Khatir sebagai ganti tafsir al-Baidhowi
  •  Ditambah Sunan Nasaei, Abu Dawud dan al-Muwatta’(hadith)

Peringkat ke-4 (1383H-1392H)

       Berbeza dengan fatrah ke-2 dan ke-3, peringkat ini telah disingkatkan tempoh pengajiannya sehingga menjadi 10 tahun. Ia bermula dari marhalah Ibtidaeiyyah(4 tahun) kemudiannya ke marhalah Thanawiyyah(4 tahun) dan berakhir di marhalah al-Aliyah(2 tahun) .Manakala marhalah Tahdiriyyah telah dihapuskan pada fatrah ini. Antara kitab-kitab yang menjadi teks pengajaran ialah;
  • Matan Abi Syuja’(fiqh Syafie)
  • Al-Tuhfat al-Saniyyah, Qatr al-Nada dan Ibn Aqil(nahu)
  • Al-Balaghah al-Wadhihah
  • Nur al-Yakin( sejarah)
  •  Jalalain dan Ibn Khathir(tafsir)
  • Raf’u al-Astar(Mustolah)
  • Fath al-Majid(tauhid)
  •   Syamail(hadith perihal Rasulullah)
  • Al-Itqan(usul tafsir)
  • Syinsyauriyyah(faraidh)


 Sumber rujukan:

                            al-Madrasah al-Sawlatiyyah oleh Dr. Syeikh Ahmad Hijazi al-Saqa






2 comments:

  1. Assalamualaikum ya akhi. Ingin bertanya. Macam mana jika pelajar dari Malaysia ingin menuntut di sana ? Bagaimana prosesnya ?

    ReplyDelete
  2. bagaimana nak masuk belajar di sna? apa syarat? minta wasap saya +601113375100 syukran

    ReplyDelete