Thursday, February 4, 2010

Biodata ringkas Tok Ayah Kob

     

      Nama Tuan Guru Hj. Yaakub b. Abdullah b. Saleh al- Fatani atau dikenali sebagai Tok Ayah Kob dan Baba Kob ini sangat berkait rapat dengan sebuah pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan Patani Darul Salam(PULO) pada tahun 70an dan 80an. Walaupun namanya masyhur di seluruh pelusuk Patani Darul Salam, namun rata-rata penduduk Patani tidak mengetahui latar belakangnya.

     Tok Ayah Kob dilahirkan dalam tahun 1930an. Pendidikannya bermula di Pondok al-Marhum Tok Wan Khelek. Selepas itu, beliau memondok di Pondok Bendang Rahmah, Teluban, Patani. Di pondok inilah beliau berguru dengan pengasasnya sendiri al- Marhum Tuan Guru Hj. Muhammad Soleh al- Fatani lebih kurang 9 tahun.
     Pada tahun 1958 berangkat ke Makkah al- Mukarramah dan berguru dengan beberapa ulama' besar yang di antaranya ialah:
  • al- Marhum Pak Da Eil al- Fatani                                             
  • Sayyid Alwi Bin Sayyid Abbas al-Maliki
  • Syaikh Abdul Qadir al- Mandili
  • Tok Peda(ahli tasawwuf haqiqat)
  • Syaikh Abdul Karim al- Banjari
  • Syaikh Abdul Jalil al-Indonisi
Di antara rakan-rakannya di Makkah ialah
  • al- Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah Lubuk Tapah, Pasir Mas
  • al- Marhum Tuan Guru Hj. Husain Surat( Baba Sin Surat)
  • al- Marhum Baba Li Caya
  • al- MarhumBaba Abdullah Sedawa
  • al- Marhum Tuan Guru Hj. Husain Kekabu(birasnya)
  • al- Marhum Tuan Guru Hj. Abdul Rahman Pombeng ( menantu gurunya Pak Da Eil)
  • al- Marhum Tuan Guru Hj. Abdul Rasyid Carak Kerian(pupunya)
  • Tuan Guru Hj. Wan Noh Kelaba
  • al- Marhum Tuan Guru Hj. Abdullah Tanah Periok, Menara

                  Pondok Nyatoh, Pekbun, Menara

        Pada akhir tahun 60an, beliau mengasas pondok di kampung Nyatoh, Pekbun(wilayah Narathiwat) kemudian mengasas pula pondok di kampung Jambu Rendang, Pekbun. Namun aktiviti pengajarannya di pondok terpaksa dihentikan pada tahun 1976 akibat pergolakan politik di Thailand ketika itu yang sangat meruncing(berlaku demontrasi besar dan paling lama dalam sejarah Patani). Di sinilah bermulanya penglibatan beliau secara langsung dalam Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu atau Patani United Liberation Organization(PULO).



KELUARGA TOK AYAH KOB;


                   Hajjah Fauziah bt. Hj. Mohd Soleh

       Beliau berkahwin dengan Hajjah Fauziah bt. Hj. Soleh sejak di Makkah lagi. Beliau dikurniakan 4 orang anak dan semuanya menetap di Kelantan. Hj. Yaakub kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin bersamaan 12 Syaaban 1417H.

No comments:

Post a Comment