Monday, October 3, 2011

Haram menterjemah sifat Allah yang mutasyabihat jika membawa kepada menyerupakan Allah dengan makhluk

       Syeikh Abd. Qadir al-Mandili telah memetik perkataan Imam Abu al-Mui’n al-Nasafi dalam karyanya yang berjudul Bahr al-Kalam;
ويجوز أن يقال بأن لله تعالى يدا بالعربية لا يجوز بالفارسية
      Ertinya; “Dan harus bahawa dikatakan ada bagi Allah يد  dengan bahasa Arab, tiada harus dikatakan dengan bahasa Parsi.”

      Lihat pula nukilan keduanya iaitu perkataan Imam Abu Hanifah(ulama’ Salaf ni…) dalam  kitab al-Fiqh al-Akbar ;
وكل ما ذكره العلماء بالفارسية من صفات الله تعالى عزت أسمائه وتعلت صفاته فجاز القول به سوى اليد بالفارسية ويجوز أن يقال بَرُوْىْ خُداَ(أى وجه الله) بلا تشبيه ولا كيفية
       Ertinya: “ Dan setiap sifat Allah Taala Maha Mulia segala namanya dan  Maha Tinggi segala sifatnya yang disebut oleh ulama’ dengan bahasa Parsi, maka ianya harus melainkan perkataan يد  dengan bahasa Parsi dan harus bahawa dikatakan بَرُوْىْ خُداَ (muka Allah) dengan ketiadaan menyerupakan dan ketiadaan kaifiyyat.”
      Apabila diperhatikan dua petikan di atas, saya(mungkin juga pembaca) dapat simpulkan bahawa tiada harus kita terjemahkan perkataan يد , dan harus kita terjemahkan lafaz mutasyabih yang lain seperti الوجه iaitu muka dengan ketiadaan menyerupakan Allah dengan makhluk dan dengan ketiadaan kaifiyyat.
Imam Nasir al-Sunnah Mulla Ali Bin Sultan Muhammad al-Qariyy pula berkata dalam syarah al-Fiqh al-Akbar ;
وإذا كان القول مقرونا بالتنزيه ونفى التشبيه فالفرق بين اليد والوجه تدقيق يحتاج إلى تدقيق
     Ertinya; “Dan apabila perkataan itu(terjemahan itu) diiringi dengan menyucikan dan ketiadaan menyerupakan Allah (dengan makhluk), maka perbezaan di antara اليد dan الوجه tadqiq yang berhajat kepada tahqiq.”
Dari kenyataan di atas kita fahami bahawa Imam Mulla Ali seolah-olah mengkritik perbezaan yang lakukan oleh Imam Abu Hanifah. Baginya, tidak ada perbezaan di antara اليد dan الوجه   selagi terjemahan itu disertakan dengan menyucikan Allah daripada sifat-sifat yang tidak layak dengan kebesaranNya…….
      Oleh itu, aduhai mereka yang mendakwa dirinya sebagai salafi…pembasmi bida’ah…penolong Sunnah…mahir Sunnah…dll!!....Apakah hukum sekiranya orang berkata; “tangan Allah…muka Allah…Allah turun ke langit dunia…jari Allah..??? Kalaulah kamu berkata begitu, maka kamu tidak sependapat dengan Imam Abu Hanifah al-Salafi dan bagaimana  pula dengan gelaran kamu itu??100x…Mungkin kamu ingin bertanya “bagaimana pula kiranya orang yang berkata; “ Bagi Allah tangan tetapi tidak seperti tangan kita..tangan kita adalah anggota yang berjisim(boleh dikerat atau dibelah atau dikikis) dan tangan Allah bukan begitu… Jawabnya; Harus terjemahan itu kerana disertakan dengan menyucikan Allah… Telitilah terlebih dahulu… Sekian.
والسلام على من اتبع الهدى


No comments:

Post a Comment