Saturday, August 11, 2012

Fatwa Syeikh Ahmad al-Fatani Tentang Meletak Bekas Air Di Hadapan Orang Solat Hajat

       Seringkali saya dijemput untuk solat  hajat samada di kampung sendiri atau di luar kampung dan pada kebiasannya ampunya hajat akan meletak bekas-bekas air di sebelah kanan atau kiri atau  hadapan orang sembahyang hajat. Pada mulanya, hati saya berasa tidak selesa kerana beberapa persoalan telah bermain-main dalam fikiran saya iatu Adakah perbuatan ini diharuskan atau sebaliknya?? Dari manakah datangnya?? Adakah tuan-tuan guru melakukanya atau redha dengan perbuatan ini?? Kemudian, Allah Taala telah menggerakkan hati saya untuk membuka kitab al-Fatawa al-Fathoniyyah  bagi Syeikh Ahmad al-Fatani(wafat 1325H) lalu dengan izin Allah Taala saya terlihat fatwanya tentang perkara ini.
     Alhamdulillah...ijtihad yang dikemukakan oleh Tok Guru Wangah(gelaran Syeikh Ahmad) ini sangat memuaskan hati kerana beliau telah bersumber kepada dalil qias. Pada awal bicaranya, Syeikh Ahmad menyatakan bahawa beliau tidak menemui jalan(wajah) untuk mengharamkannya. Menurutnya, perbuatan ini boleh ditanggung kepada harus atau makruh atau khilaf aula kerana memberi waham(tanggapan) bahawa Nabi, Sahabat dan Salaf Soleh mengerjakannya sedangkan menurut sangkaan( ظن  )  beliau bahawa amalan ini tidak dinaqalkan(dipindahkan) daripada mereka itu. Tambahnya lagi, ianya juga boleh ditanggung kepada afdhal kerana mengambil berkat daripada solat yang merupakan sesetengah daripada afdhal segala ibadat selain dilengkapi dengan bacaan quran, beberapa zikir dan selawat.......bersambung

No comments:

Post a Comment