Ketokohan Syeikh
Ahmad al-Fatani dalam bidang fiqh tidak dapat dinafikan lagi. Ini terbukti
melalui beberapa hasil karya beliau
dalam bidang berkenaan seperti Unwan
al-Falah, Bahjat al-Mubtadin dan al-Fatawa al-Fataniyyah. Sehubungan itu,
pemikiran Syeikh Ahmad al- Fatani dalam bidang ini perlu diketengahkan dan
penulis akan menyelusurinya melalui karya beliau yang berjudul al-Fatawa
al-Fataniyyah. Berbeza dengan karya-karyanya yang lain, kitab ini memuatkan
secara khusus seratus lapan(108) permasalahan pelbagai bab yang telah difatwakan
oleh beliau.
SOALAN 1: ADAKAH SATU PUAK DARIPADA MUJASSIMAH ITU KAFIR?
JAWAPAN: Ulama Usuluddin telah mentasrihkan(menyatakan dengan terus terang) bahawa mujassimah tidak dihukumkan dengan kufur KECUALI jika mereka i'tiqad tuhan itu berjisim seperti sesuatu jisim daripada segala jisim baharu.
SOALAN 2: HARUSKAH SUJUD SELEPAS SALAM SOLAT HAJAT?
JAWAPAN : Sujud selepas solat hajat telah disebut oleh Imam Ghazali dalam Ihya'. Tiada mengapa ditaqlidkan Imam Ghazali
SOALAN 3: DI MANAKAH KEDUDUKAN ORANG SOLAT JENAZAH. DI KEPALA ATAU DI MANA?
JAWAPAN: Sunat berdiri membetuli kepala jika mayat lelaki dan sedikit di bawah pinggang jika mayat perempuan kerana mengikut perbuatan Nabi.
SOALAN 4: ADAKAH SUNAT MENGUCAP AMIN BAGI DOA KHUTBAH?
JAWAPAN: Ya, sunat ucap amin bagi doa khutbah. Akan tetapi tidak disunatkan nyaring kerana jadi tasywisy(bising). Tetapi perkataan yang mu'tamad di sisi Ibn Hajar sunat ucap nyaring dengan ketiadaan melampaui nyaring
SOALAN 5: ADAKAH HARGA JADI MILIK PENJUAL DAN MATA BENDA JADI MILIK PEMBELI JIKA MEREKA MELAKUKAN JUAL BELI TANPA AQAD?
JAWAPAN: Mu'tamadnya mata benda tiada jadi milik bagi pembeli. Oleh itu, wajib dipulangkannya kepada penjual. Begitulah si penjual tidak memiliki harga dan wajib dipulangkannya kepada pembeli
JAWAPAN: Tiada harus sekali-kali menjual harta waqaf pada mazhab imam Syafie, walaupun ia telah reput.
Dalam kitab al-Anwar disebut: Rumah masjid yang telah roboh atau hampir roboh dan kayu-kayunya yang hampir patah dijualkannya dan harganya dibelanja untuk manfaat masjid.
SOALAN 7: HUKUM MEMBERI SEWA RUMAH KEPADA ORANG KAFIR. RUMAH TERSEBUT DIBUAT KEDAI MENJUAL KAIN DAN ARAK. DISIMPAN PULA DI DALAMNYA PATUNG BERHALA UNTUK DISEMBAH
JAWAPAN: Tiada harus apabila diketahui oleh tuan rumah itu atau dizhonkan bahawa orang yang menyewa itu mengerjakan maksiat didalamnya kerana termasuk dalam menolong atas maksiat tanpa darurat.
SOALAN 8: SESEORANG MENGAMBIL 2000 RIYAL DARIPADA ORANG CINA. CINA ITU BERKATA " BIASANYA DALAM 1000, 30 RIYAL. LALU DIA MENGAMBIL 2000 TERSEBUT TANPA AQAD. ADAKAH JADI RIBA?
JAWAPAN: Tidak jadi riba.
No comments:
Post a Comment