Fatwa Abdul Qadir al-Mandili



      Kitab ini mengandungi jawapan- jawapan Fadhilat al-Syeikh Abdul Qadir al-Mandili bagi beberapa persoalan penting yang berlaku pada zamannya. Jawapan-jawapan yang bersifat kontemporari  ini disusun atur berdasarkan bab-bab tertentu iaitu Bab Tauhid( 11 soalan), Bab Hadith(4 soalan), Bab Khurafat ( 5 soalan), Bab Toharah (4 soalan), Bab Solat(7 soalan), Bab Janazah(6 soalan), Bab Jumaat( 5 soalan), Bab Zakat-Puasa-Hajj(8 soalan), Bab Muamalat(4 soalan), Bab Nikah Dan Talak(3 soalan) Bab Tibb(3 soalan) Bab To'am Wa Syarab Wa Libas(3 soalan) Bab Bermazhab(3 soalan) Bab Siasah(politik)(13 soalan)





SOALAN ( 1)  ADAKAH NABI ISA MASIH HIDUP???

JAWAPAN: Ya, Baginda masih hidup di atas langit. Baginda akan turun ke dunia dan membunuh dajjal. Membuat hukuman dengan menggunakan syariat nabi Muhammad. Orang-orang islam akan sembahyang jenazah Nabi Musa. Dalilnya ialah al-quran dan hadith-hadith mutawatir yang sebanyak 70 hadith. Sila lihat ibarat Syeikh di bawah:





SOALAN (2) ADAKAH HARUS BERAMAL DENGAN  HADITH DAIF?

JAWAPAN: Harus beramal dengan Ijma' selagi ia bukan hadith maudhu', terlalu dai'f dan dengan syarat ada baginya syahid seperti masuk dalam dalil umum atau kaedah kulliyyah serta jangan dii'tiqadkan thubutnya. Sila lihat ibarat Syeikh di bawah:





SOALAN (3) APA HUKUM MINTA TABIK, MINTA PELIHARA, DAN MINTA AMPUN MAAF DARIPADA HANTU?

JAWAPAN: Adalah pekerjaan itu haram kerana ia perbuatan orang jahiliyyah.





SOALAN (4) APA HUKUM MENYEMBELIH KERBAU KERANA MENJAMU HANTU?

JAWAPAN: Haram sembelih binatang kerana menjamu hantu.



SOALAN (5) ADAKAH SIRAT(TITIAN) DAN MIZAN(PENIMBANG AMALAN) WUJUD?

JAWAPAN: Kedua-dua itu tetap ada menurut ahlu sunnah dan mu'tazilah pula mengingkarkannya. Mereka menta'wilkan sirat itu dengan jalan syurga, segala dalil yang terang dan segala ibadat dan menta'wilkan timbangan dengan membilang-bilang segala kejahatan dan kebajikan serta ketiadaan mensia-siakannya.





SOALAN (6) APAKAH KAUM MUDA?

JAWAPAN: Golongan Kaum Muda ialah golongan yang tidak bermazhab bahkan  mereka memilih hukum-hukum daripada mazhab 4 dan lainnya dengan menurut nafsu. Ada di antara mereka memdakwa dirinya sebagai mujtahid.





SOALAN (7) BOLEHKAH ZAKAT SABILILLAH DIGUNAKAN UNTUK MASJID ATAU SEKOLAH?

JAWAPAN: Tiada harus kerana telah Ijma' bahawa sabilillah itu khusus kepada orang berperang sabil secara sukarela.



SOALAN(8) ADAKAH HARUS MENDERMA DARAH?

JAWAPAN: Harus jika bersangatan hajat.





2 comments:

  1. Kitab beberapa mutiara yang bagus lagi indah, ada buku versi scan PDF yang lengkap tak ?

    ReplyDelete
  2. Saya pun mencari kitab ni..kalau ada boleh email yues171@yahoo.com semoga barokah

    ReplyDelete