Tuesday, August 7, 2012

Tahlil 70 000

   

     Dalam kitab Kifayat al-Muhtaj bagi Syeikh Daud al-Fatani disebut sebuah hadith yang berbunyi;
من قال لا اله الا الله سبعين ألف مرة فقد إشترى الله نفسه من الله  Ertinya; "Barangsiapa mengucap  لا اله الا الله   tujuh puluh ribu kali, maka sesungguhnya dia telah menebuskan dirinya daripada Allah Taala."

      Persoalannya; Apakah kedudukan hadith di atas menurut ulama' hadith? Bolehkah kita bertahlil sebanyak 70 ribu kali untuk membeli diri kita daripada Allah Taala?

          Untuk menjawab 2 persoalan di atas, saya naqalkan kepada pembaca maksud kitab Kasyfu Syubuhat karangan ulama' besar Azhar iaitu Syeikh Mahmud Hasan Rabi'.

         Berkata Syeikh Mahmud Hasan Rabi';  Berkata al-Najm al-Ghiti; Sesungguhnya aku telah melihat satu soalan yang dituju kepada Ibn Hajar r.a berkenaan hadith من قال لا اله الا الله سبعين ألفا فقد إشترى الله نفسه من الله
Adakah Sahih atau Hasan atau Dhaif??

       Ibn Hajar menjawab; Adapun hadith tersebut maka iaitu bukan hadith Sahih dan bukan hadith Hasan dan bukan hadith Dhaif  tetapi ia hadith palsu maudhu'..." 

   Kemudian al-Najm al-Ghiti berkata pula; Tetapi sayugia bagi seseorang beramal akan amalan tersebut(tahlil 70 000) kerana mencontohi dengan Tuan-Tuan Yang Mulia dan mengikut perkataan mereka yang mewasiatkannya serta mengambil berkat dengan perbuatan mereka. Berkata Ahmad Hasyad al-Maliki; Bermula tahlil itu sayogia diamalkannya sebagaimana yang telah disebut oleh Syeikh Sanusi di akhir Syarah al-Sughra.Dan adalah Imam Yafi'e dan Sayyidi Muhammad al-Turjuman dan para wali mengamalkannya bagi mayat.Berkata Ibn al-Arabi; Aku mewasiatkan bahawa engkau membeli diri engkau daripada Allah Taala dengan memerdekakan diri engkau daripada api neraka dan memerdekakan mereka yang engkau baca daripadanya(seperti ibu bapa kita: pen)dengan cara engkau mengucap tahlil 70 ribu kali. Tamat nukilan kitab Kasyfu al-Syubuhat. Sila rujuk m/s 344 dan 345.
                 
    Saya berkata; Terpulanglah kepada para pembaca untuk mengamalkannya. Tetapi jika didapati sesetengah pembaca tidak mengamalkannya kerana semata-mata terpengaruh dengan dakyah WAHHABI PEMBIDAA'H maka saya ingin mengajukan satu soalan kepadanya "Mengapa kamu tidak mahu mencontohi para wali?"

2 comments:

  1. Alhamdulillah....maklumat yg berguna yg blh d amalkn brsama...

    ReplyDelete
  2. sebaik amalan ikut sunnah

    ReplyDelete