Thursday, January 21, 2010

Kenangan Bersama al- Alim al- Allamah Hj. Husain Siraj r.h.


al- Marhum Baba Mat Sedawa(kiri) dan al- Marhum Tuan Guru Hj. Husain Surat(kanan)

Alhamdulillah…Segala pujian bagi Allah Taala. Selawat dan Salam ke atas junjungan Penghulu segala nabi Sayyidina Muhammad (s.a.w) dan ke atas keluarganya.
Adapun kemudian daripada itu, maka aku memuji Allah Taala kerana telah menggerakkan hati ini untuk menziarahi blog yang beralamat
http://ulamaummah.blogspot.com/ pada petang Khamis 21 Jan 2010. Hatiku sangat teruja apabila terlihat di dalamnya sekeping gambar dua orang ulama Patani. Salah seorang daripadanya memang aku kenali. Seorang bernama Allahyarham Baba Mat Sedawa dan seorang lagi ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Husain Surat atau di kenali sebagai Baba Sin Surat ( Suratani, Thailand). Tengok sahaja wajah Allahyarham Baba Sin,, kenanganku kembali segar. Seolah- olah baru sebulan dua berpisah dengannya..Oleh itu, dalam kesempatan ini, aku ingin berkongsi dengan pembaca sedikit pengalaman manis yang mungkin tidak akan dilupai ketika aku bertemu dengan Allahyarham Baba Sin Surat pada tahun 2001.
Sebenarnya, aku bukanlah anak murid beliau. Aku hanya mula mendengar namanya melalui cerita ayahku sendiri pada tahun 90 an. Ayahku adalah sahabat karib kepada Tuan Guru Hj. Husain Surat. Mereka sama- sama menuntut ilmu di Makkah al- Mukarramah suatu ketika dahulu. Mulai saat itu, hatiku tak sabar- sabar hendak bertemu mata dengan Baba Sin Surat…sehinggalah aku berangkat ke Mesir pada tahun 1997. Di Mesir aku telah berkenalan dengan salah seorang murid beliau yang bernama Ustaz Aziz Che Man. Ustaz ini rajin mengajar kitab- kitab yang beliau pelajari daripada Baba Sin Surat kepada pelajar- pelajar Melayu yang sedang menuntut di Azhar termasuk aku sendiri. Sambil mengajar, al- fadhil ustaz suka bercerita mengenai kehebatan gurunya itu. Hal ini menyebabkan aku semakin berminat untuk menziarahinya.

Akhirya, pada tahun 2001,, Allah Taala telah mencampakkan aku ke Makkah al- Mukarramah. Selesai sahaja menunai ibadah Umrah wajib, aku mula mencari- cari rumah Allahyarham..kata orang,, Baba Sin bermustautin di Ajyad.. lalu aku pergi ke Ajyad..Allah Akbar..besarnya bukit Ajyad..bagaimana hendak ku cari rumahnya, sedangkan aku baru sampai ke Makkah? Mahu tak mahu,, aku terpaksa bertanyakan orang…mujurlah ada orang yang sanggup memanduku sehingga ke pintu rumah Allahyarham. Semoga Allah Taala membalas jasa baiknya itu. Sebaik sahaja aku memasuki rumahnya,,aku dapati beberapa orang sedang bercakap dengannya dalam bahasa Thai. Aku yang tak mengerti bahasa Thai terus bersalaman dengan Baba Sin. Itu lah pertama kali aku bertemu mata dengannya..alangkah sejuknya hatiku sebaik sahaja melihat raut wajahnya yang sangat jernih itu..beliau menegurku dengan lembut..aku terus memperkenalkan diri,,,sebaik sahaja mendengar nama ayahku ( Baba Kob) dia terus mengucap sambil ketawa “ Alhamdulillah dapat bertemu”..Beliau memang ingat nama ayahku, sahabatnya….katanya, gambar kenangan ayahku masih ada dalam simpanannya. Setelah tetamu lain beredar, kami terus rancak berbual... aku berasa diriku ini telah lama dikenalinya…amboi mujurnya aku..semasa berada di Makkah, aku sempat bertemu dengannya dua kali sahaja..pada hari perpisahan, aku memeluknya sambil mengucup lehernya.. modahan dapat berkat..

Baba Sin Surat adalah salah seorang ulama Melayu beraliran Ahli Sunnah yang masih boleh mengajar di Makkah. Mungkin ada lagi beberapa ulama’ Melayu yang lain, tetapi tidak seramai era al- Marhum Pak Da El dan muridnya Syaikh Abdul Qadir al- Mandili. Tekanan Wahhabi sangat hebat sehingga memaksa ulama’ aliran Ahli Sunnah mengajar di rumah masing-masing hatta Sayyidi Muhammad Alwi. Sungguhpun begitu,, Allahyarham Baba Sin dan rakan-rakannya tidak berundur setapak pun dari mempertahankan Mazhab Ahli Sunnah. Sehinggalah namanya menjadi sebutan ramai…lebih-lebih lagi di Kelantan, Kedah dan Patani. Beliau dikurniakan Allah Ilmu yang tahqiq dan ingatan yang kuat…kata orang..Beliau menghafal al- Quran dalam tempoh 6 bulan sahaja..Subhanallah!!! Ilmu feqhnya sangat kemas..Nahunya pula tak usah di pertikaikan lagi kerana beliau adalah murid kepada al- Marhum Tok Dala ( Sibawaih Jawi).Ilmu hadithnya sangat luas..Justeru itu, aku berani menegaskan bahawa Baba Sin Surat adalah ulama’ yang telah mengisi kekosongan selepas era Syaikh Abdul Qadir al- Mandili….

Terima kasih kepada tuan blog ulamaummah.blogspot kerana memuatkan sekeping foto nadir tersebut.

Al- Fatihah kepada sekelian ruh wali-wali Allah..

No comments:

Post a Comment