Sunday, January 31, 2010

Senarai Nama Kitab Nahu Yang DiPelajari Di Pondok

Syarah Asymuni

Merupakan kitab Nahu peringkat tertinggi di pusat pengajian pondok. Syarah Asymuni adalah huraian kepada matan tersohor iatu Alfiyyah Ibnu Malik(1000 rangkap syair) yang melengkapi dua ilmu yakni Nahu dan Sarf. Kitab ini sukar difahami kerana perbahasannya amat terperinci dan mendalam. Setahu saya, terdapat seorang dua tok guru sahaja di Patani yang mengajar kitab ini. Dicetak bersama Hasyiah al- Sobban sebanyak 4 jilid.



Syarah Syaikh Khalid al- Azhari


Selesai disyarah oleh Syaikh Khalid al- Azhari pada tahun 887H. Kitab ini menghurai matan Ajurumiyyah dengan bahasa yang mudah sebagaimana yang dilakukan oleh Sayyid Zaini Dahlan dalam Mukhtasarnya. Syaikh Khalid banyak memberi tumpuan kepada I'rab. Dicetak bersama Hasyiah Abu Naja setebal 95 m/s.



Syarah al- Fakihi

Pengarangnya ialah Ahmad b. al- Jamal Abdullah b. Ahmad b. Ali al- Fakihi. Kitab ini merupakan syarah kepada matan Qatru al- Nada(bagi Ibn Hisyam). Syarah ini agak sukar difahami sekiranya diajar oleh guru-guru yang tidak mahir dalam ilmu Nahu. Suatu ketika dahulu(sekitar tahun 50an), pernah menjadi teks dalam kuliyah al- Allamah Syaikh Abdul Karim al- Banjari di Makkah al- Mukarramah. Beliau mengajar kitab ini secara tahqiq selama 5 tahun(seingat penulis) berdasarkan catatan salah seorang muridnya di Patani. Dicetak dua juzu' bersama Hasyiah Yasin pada tahun 1353H( gambar di atas).



Syarah Syuzur al- Zahabi

Karangan Jamaluddin Abu Muhammad Abdullah b. Hisyam al- Ansori(708H-761H). Dicetak bersama Hasyiah Muhammad Ubadah al- Adawi.( gambar di atas) sebanyak dua juzu'. Kitab ini hampir setaraf dengan Syarah Ibn Aqil dari sudut penggunaan bahasanya. Oleh itu, pelajar yang dapat memahami kitab ini sudah dikira alim Nahu.


Syarah Ibn Aqil


Ibn Aqil ialah teks nahu yang sangat dikenali oleh pelajar samada di pondok-pondok atau di universiti. Ia juga dipelajari di maahad-maahad kelolaan Universiti Azhar, Mesir. Ibn Aqil adalah syarah kepada matan Alfiyyah(seribu rangkap syair) yang juga melengkapi ilmu Sarf. Ia dikarang oleh Qadhi segala qadhi Baha'uddin Abdullah b. Abd. Rahman b. Aqil (697H- 769H). Kuburnya berhampiran dengan maqam Imam Syafie, Kaherah, Mesir. Dicetak bersama Fathul Jalil Ala Ibn Aqil pada tahun 1306H(gambar di atas) setebal 313 m/s.


Syarah al- Makudi

Karangan Syaikh Abdul Rahman b. Ali al- Makudi. Merupakan syarah kepada matan al- Ajurumiyyah dengan bahasa yang mudah difahami. Cetakan tahun 1345H setebal 23 m/s.

Tashil Naili al- Amani

Ditulis oleh Syaikh Ahmad b. Muhammad Zain al- Fatani. Merupakan syarah kepada matan Awamil al- Jurjani( karya Syaikh Abdul Qahir al- Jurjani). Tebal m/s 32. Selesai ditulis pada tahun 1300H.




Kawakib al-Durriyyah
Kitab ini ditulis oleh Syaikh Muhammad b. Ahmad al- Ahdal. Ia merupakan syarah(huraian) kepada Mutamimmah al- Ajurumiyyah(pelengkap matan Ajurumiyyah). Terdiri daripada 2 juzu'.

2 comments:

  1. tengkukhalid@yahoo,comOctober 25, 2010 at 11:55 PM

    Saya suka dan gemar ingin belajar Kitab-kitab ini. Kalau boleh senarai banyak kitab-kitab untuk pengetahuan saya. Berkunjunglah Facebook saya tengkukhalid@yahoo.com.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kpd Empunya Blog ini...
    saya berharap2 sangatlah jikadapat pihak al-fadhil ust teruskan blg ini...Pengenalan kepada Golongan Yg Mencari Ilmu dan Kasih mereka terharap Ilmu

    ReplyDelete