Sunday, September 25, 2011

Salafikah Ibn Taimiyyah?

         Dalam menta'wilkan ayat dan hadith Mutsyabihat, mazhab ulama' Ahli Sunnah terbahagi kepada dua; 1) mazhab Salaf. 2) mazhab Khalaf. Salaf adalah golongan sebelum 500 Hijriyyah manakala Khalaf ialah selepas tahun-tahun tersebut(ini pendapat sebahagian pihak). Kebanyakan ulama Salaf berpegang kepada ta'wil ijmali dan segelintir lagi berpegang kepada ta'wil tafsili. Sesiapa yang berkata "kesemua ulama Salaf berpegang kepada ta'wil ijmali"maka dia telah melakukan kesilapan.Sesiapa yang berkata"kesemua ulama'Salaf atau kebanyakannya atau segelintirnya tidak berpegang kepada mana-mana ta'wil", maka dia telah melakukan kesilapan yang besar. Kesilapan yang berkekalan ini mungkin ditaja( yahudi?) atau kerana degil(ore kelate kata keras keng)atau disebabkan oleh kejahilan tentang ta'wil itu sendiri. Baiklah...perlu diingat bahawa ulama yang berpegang kepada ta'wil tafsili juga berpegang kepada ta'wil ijmali. Teliti baik-baik kenyataan di atas, jangan gelabah...

  Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan ta'wil?

         Secara ringkasnya, ta'wil ertinya memalingkan lafaz(lafaz mutasyabih) daripada pengertian yang zahir. Contohnya يد , maka maknanya yang zahir ialah anggota tangan. Makna yang zahir ini tidak boleh dipakai dalam mentafsirkan ayat atau hadith mutasyabihat menurut ulama' Salaf dan Khalaf. Ini bermaksud mereka telah sepakat tidak boleh pakai pengertian tersebut(anggota tangan). Inilah yang dimaksudkan dengan ta'wil ijmali yang telah disepakati oleh mereka.

Kalau begitu apa bezanya antara mazhab Salaf dan mazhab Khalaf?

        Ada bezanya....mazhab Salaf dikatakan mazhab tafwid(serah pengertian sebenar bagi lafaz يد itu kepada ampunya syariat). Mereka berkata" kami berpegang bahawa Allah Taala Maha Suci daripada beranggota tangan, berjirim seperti kita tetapi kami beriman lafaz يد itu adalah sebahagian daripada al-Quran dan kami serah kepada Allah pengertiannya yang sebenar" Ulama' Khalaf pula berkata          
"kami berpegang bahawa Allah Taala Maha Suci daripada beranggota tangan, berjirim seperti kita. Oleh itu, يد itu bermaksud kuasa. Inilah yang dikatakan ta'wil tafsili.


Setelah kita memahami pendirian kedua-dua kelompok di atas, maka SALAFIKAH IBN TAIMIYYAH?




No comments:

Post a Comment