Sunday, October 23, 2011

HEMPHER MEMBONGKAR RAHSIA MUHAMMAD AL-NAJDI


Sejauhmanakah kebenaran pengakuan Hempher di bawah ini??? Jika palsu, saya berharap pembaca kemukakan bukti secara ilmiah dan jika benar, maka……..


Hempher, bekas perisik yang pernah bekerja dengan Kementerian Penjajahan British berkata;



     " Sesungguhnya aku telah mengenali seorang pemuda yang boleh bertutur dengan bahasa Turki, Parsi dan Arab. Dia berpakaian penuntut ilmu agama dan bernama Muhammad B. Abdul Wahhab al-Najdi yang ingin mencari kemashuran. Dia berkawan baik dengan Abdul Ridha(penganut Syiah) kerana mereka mempunyai satu persamaan iaitu memburuk-burukkan kerajaan Uthmani. Aku tidak mengetahui bagaimanakah pemuda ini boleh bertutur bahasa Parsi??Bagaimana dia boleh berkawan dengan orang Syiah??Tetapi, dua perkara tersebut tidak pelik jika berlaku di Basrah kerana Sunni dan Syiah boleh bergaul antara satu sama lain seolah-olah bersaudara. Kebanyakan mereka boleh bertutur dua bahasa. Orang Sunni boleh bertutur bahasa Parsi, sementara orang Syiah boleh bercakap bahasa Arab".

    

       Hempher meneruskan lagi; " Muhammad al-Najdi memahami al-Quran dan Sunnah secara tersendiri dan mencampak pendapat-pendapat ulama' , bukan sahaja ulama' sezaman dengannya, malah pendapat Abu Bakr dan Umar dicampakkannya ke dinding…….sesungguhnya aku telah mengeratkan hubungan dengannya dan aku berkata kepadanya bahawa dia lebih banyak mendapat pemberian(mungkin maksudnya pemberian Allah)berbanding Ali dan Umar dan kalaulah Rasul masih hidup, nescaya dia akan dipilih menjadi khalifahnya, bukan Ali dan Umar. Aku sentiasa berkata kepadanya; "saya berharap kamu dapat mentajdidkan Islam kerana kamulah satu-satunya orang alim yang akan menyebarkan Islam ke seluruh alam".

Perbincangan di antara Hempher dan Muhammad al-Najdi tentang jihad, mutaah,arak,puasa dan solat fardhu.

   Kemudian Hempher berkata; "aku telah membuat satu ketetapan untuk berbincang dengannya tentang tafsir al-Quran secara tersendiri(tidak menurut fahaman Sahabat dan ulama'-ulama').

JIHAD    


        Suatu ketika aku berkata ;" jihad tidak wajib." Muhammad al-Najdi menjawab; " bagaimana tidak wajib sedangkan Allah telah berfirman; "Dan hendaklah kamu memerangi orang-orang kafir". Aku berkata; " kalau begitu, kenapa Nabi tidak memerangi orang munafik sedang Allah berfirman maksudnya; " wahai Nabi perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik".(Taubah;73) Muhammad al-Najdi menjawab; " Rasul berperang dengan lidah". Aku berkata; " kalau begitu, jihad yang wajib ialah jihad dengan lisan". Muhammad al-Najdi; " tetapi Rasul pernah memerangi orang kafir". Aku menjawab; " Rasul berperang kerana mempertahankan diri dari dibunuh oleh orang-orang kafir". Setelah mendengar jawapan terakhir aku itu, dia terus menganggukkan kepala tanda setuju".

MUTAAH


       Ketika yang lain pula, aku berkata; " mutaah harus".
Dia menegaskan; " tidak sama sekali!!(kemudian dia mendatangkan ayat 24 dari surah al-Nissa' sebagai hujah) dan menambah; " Umar telah mengharamkan mutaah". Sebagai memberi peringatan kepadanya aku berkata; " Tidakkah kamu telah berkata yang kamu ini lebih alim daripada Umar….jadi, mengapa kamu masih menggunakan pandangannya?? Mengapa kamu tidak beramal dengan al-Quran dan fikiran Rasul yang menghalalkannya?? Lalu al-Najdi itu mendiamkan diri. Setelah mendapati dirinya bersetuju dengan hujah-hujah di atas dan kebetulan ketika itu dia masih bujang, aku mencadangkan supaya dia mengamalkan nikah mutaah. Dia menganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan tersebut dan ini merupakan peluang keemasan bagi aku untuk memerangkapkannya. Untuk menjayakan misi ini, aku telah berjanji kepadanya untuk mencari seorang perempuan dan dia telah mengenakan satu syarat kepadaku iaitu perkara ini hendaklah menjadi rahsia di antara kami berdua sahaja. Aku pun terus memilih seorang perempuan di kalangan perempuan-perempuan kristian yang memang telah dilatih oleh Kementerian Penjajahan untuk merosakkan pemuda-pemuda muslim. Perempuan itu diberikan nama baru. Safiah namanya. Kemudian aku membawa Syeikh Muhammad al-Najdi ke rumah Safiah untuk melakukan akad nikah mutaah(tempohnya ialah seminggu) dan mas kahwinnya ialah emas(Hempher tidak menyebut nilainya). 

ARAK


      "Setelah Syeikh mengecapi kemanisan hubungan jenis di atas nama ijtihad dan kebebasan berfikir, maka pada hari ketiga selepas pernikahan mutaah itu, aku berbual panjang dengannya tentang arak. Setiap kali dia berhujah, aku dapat mematahkannya dan sebagai penutup, aku menegaskan bahawa khalifah -khalifah Bani Umayyah dan Bani Abbas pernah mengambil arak dan tidak mungkin mereka sesat sedangkan kamu di atas kebenaran. Tambahan pula, mereka lebih memahami isi kandungan al-Quran dan Sunnah. Dalam hal ini, mereka memahami bahawa larangan meminum arak tidak lebih dari larangan makruh sahaja. Lagi pula, arak adalah diharuskan dalam agama Yahudi dan Kristian. Oleh itu, tidak mungkin ia diharamkan dalam suatu agama dan dihalalkan dalam agama yang lain pula, sedangkan semuanya datang daripada Allah. Aku menambahkan lagi bahawa perawi-perawi telah meriwayatkan bahawa Umar telah meminum arak(walhal Sayyidina Umar minum arak sebelum ia diharamkan lagi dan beliau terus meninggalkannya selepas pengharaman arak). Sebagai menyokong, Muhammad al-Najdi berkata; "bahkan telah tetap dalam sesetengah riwayat bahawa Umar mencampur arak dengan air lalu diminumnya dan dia berkata tidak haram minum arak jika tidak memabukkan(walhal Nabi s.a.w bersabda; tiap yang memabukkan haram, dan barang yang memabukkan oleh banyaknya , maka yang sedikitnya tetap haram). Suatu malam, Safiah telah memberi arak kepadanya dan dia telah menceritakan kepadaku bahawa Muhammad al-Najdi telah menyetubuhinya beberapa kali pada malam itu.

PUASA

         Hempher meneruskan lagi; "suatu ketika yang lain pula aku berbincang tentang puasa. Aku menegaskan bahawa puasa tidak wajib kerana Allah berfirman; "dan kamu berpuasa itu lebih baik bagi kamu".Di sini Allah tidak menyatakan kefardhuan puasa. Tetapi, Muhammad al-Najdi membantah dan berkata; "Adakah kamu mahu mengeluarkan aku dari agama Islam??" 


SOLAT FARDHU

        Kemudian aku berbincang tentang solat fardhu. Sebagai hujah aku mendatangkan firman Allah; " Dan hendaklah kamu mendirikan solat bagi berzikir kepadaKu". Oleh itu, tujuan Solat ialah zikrullah. Dengan ini, kamu boleh berzikir sebagai ganti solat. Wahhab berkata(saya tidak pasti mengapa Hempher menggunakan nama ini); "sesungguhnya terdapat sesetengah manusia berzikir kepada Allah sebagai ganti solat". Aku gembira setelah mendengar kata-katanya itu dan selepas itu aku mendapatinya telah meninggalkan beberapa solat terutamanya solat Subuh". Aku juga pernah berkata kepadanya; " Sesungguhnya, semalam aku telah bertemu dengan Rasulullah dalam mimpi sedang duduk di atas kerusi dan baginda dikelilingi oleh beberapa puak ulama' yang aku tidak mengenali mereka. Tiba-tiba aku melihat kamu menuju kepada Rasululullah dalam keadaan muka yang bersinar-sinar, lalu Baginda bangkit dari tempat duduknya kerana membesarkan kamu dan mengucup dahimu dan baginda bersabda; "Wahai Muhammad……kamulah pewarisku dan pengganti aku dalam menguruskan urusan agama dan dunia…" Sejak itu, aku melihat Muhammad al-Najdi seakan-akan ingin terbang disebabkan terlalu gembira dan dia berkali-kali bertanya kepadaku; "Benarkah kamu bermimpi sedemikian??"Aku manjawab; "Ya!!"

TAMAT PENGAKUAN HEMPHER. SUMBER RUJUKAN IALAH KARYA ARAB BERJUDUL I'TIRAFAT AL-JASUS AL-INGGLIZI YANG DIPETIK DARI BUKU MUZAKKIRAT AL-MISTER HEMPHER(DAR AL-KTAB AL-SAFI, CAIRO)




 

No comments:

Post a Comment