Sunday, August 26, 2012

Ziarah Maqam Tok Ayah Said Lundang Paku

     Syukur kepada Allah Taala kerana telah menggerakkan saya untuk menziarahi Ayah Mat dan maqam Tok Ayah Said Lundang Paku,Kota Bharu pada malam Jumaat, 6 Syawwal 1433H. Malam itu saya telah ditemani oleh beberapa kenalan dan sememangnya sebelum ini mereka telah pun menziarahi Ayah Mat yang kini dikatakan telah berusia hampir 200 ratus tahun itu. Allah Taala Maha Mengetahui. Sebaik sahaja sampai, kami tidak langsung menuju ke rumah Ayah Mat, malah kami terus ke surau(berhampiran dengan rumah Ayah Mat) dan di situlah pertama kali saya melihat wajah Ayah Mat yang jernih dan tenang. Beliau sedang melayani beberapa ahli jemaah.(saya sampai di surau itu selepas solat Isya' dan majlis zikir sudah selesai). Walaupun telah berusia melebihi seratus tahun, beliau nampaknya masih gagah melayani tetamu sehingga hampir lewat malam. Bahkan, saya sendiri melihat Ayah Mat bangkit dari tempat duduk dan masih mampu berjalan tanpa dibantu oleh orang lain dan memungut sesuatu di tempat yang gelap. Ayah Mat dikatakan tidak banyak bercakap. Jarinya tidak lenguh membilang buah tasbih. Sebelum turun dari surau, kami meminta Ayah Mat berdoa untuk kami, lalu dengan segera beliau memenuhi hajat kami. Semoga Allah Taala memanjangkan umurnya serta sihat wal afiat. Amin.

TOK AYAH SAID LUNDANG PAKU

  Sebenarnya Ayah Mat tersebut merupakan murid Wali Allah Taala Tok Ayah Said Lundang Paku dan merupakan panjaga maqam gurunya itu. Tok Ayah Said  lahir pada tahun 1849M. Sekitar umur 60an, beliau mula berkhalwat di Bukit Enggang, Sik Kedah. Selepas 3 hari 3 malam beliau berpindah pula ke Gunung Yan (sekarang Guar Kepayang,Kedah). Ketika berkhalwat di Gunung Yan, beliau telah mendapat alamat supaya balik ke Gunung Bintang di Besut, Terengganu. Selama beberapa bulan di sana, beliau mendapat alamat dan arahan supaya berjumpa dan berguru dengan Tok Wali Hj. Ismail Lundang Paku. Tok Ayah Said duduk di bawah asuhan Tok Wali Hj. Ismail lebih kurang 14 tahun. Pada tahun 1939M, Tok Ayah Said mula bersohbah dengan Tok Wali Che Mud selepas Tok Wali Hj. Ismail meninggal dunia. Tok Wali Che Mud pula meninggal dunia pada tahun 1951M. Tok Ayah Said yang merupakan wazir amanah Wali Qutub Hj. Ismail ini telah kembali ke rahmatullah pada 10 Rabi Awwal 1405 bersamaan 3 Disember 1984.







No comments:

Post a Comment