Sunday, June 16, 2013

SYARAHAN KALIMAH TAUHID SIRI 3


   (Dan hasil) yang dinafikan itu salah suatu daripada dua perkara(Pertama) segala tuhan yang disembah dengan sebenar pada waqi' yang lain daripada Allah Taala (Kedua) barang yang di dalam hati mu'min yang merupakan banyak tuhan yang disembah dengan sebenar. Maka salah suatu daripada dua inilah yang dinafikan kemudian maka diithbatkan Allah. Ertinya dihukumkan dengan bahawasa Allah itu ada dan ialah tuhan yang sebenar

(Dan ketahui oleh mu) bahawasa segala i'tibar yang ditaqdirkan pada kalimah لا اله الا الله dengan i'tibar makna اله dan makna Allah empat perkara(Pertama) bahawa Adalah keduanya itu kuliyy keduanya. Ertinya menerimalah makna keduanya itu akan berbilang-bilang yakni tiap-tiap yang disembah dengan sebenar debenarkan atas اله dan atas Allah. Maka kedua kedua-duanya itu dibenarkan atas yang banyak ( Dan kedua) جزئى keduanya Ertinya tiadalah menerima makna keduanya akan berbilang-bilang yakni bahawasa kedua-duanya itu tiada dibenarkan atas yang banyak dan   hanya satu suku yang tertentu jua ( Dan ketiga)  اله  itu جزئى Ertinya tiada menerima maknanya itu akan berbilang-bilang dan Allah itu kuliyy Ertinya menerima maknanya itu akan berbilang-bilang. Maka ketiga-tiga itu semuanya batil tiada boleh kita berpegang atasnya (Dan keempat)  اله itu kuliyy dan Allah itu جزئى dan yaitu terbahagi pula kepada dua bahagi( Pertama) yang dikehendaki dengan  اله itu semata-mata yang disembah samada sebenar atau tiada seperti berhala dan matahari dan bintang dan lainnya maka yaitu batil kerana lazim dusta sebab banyak yang disembah dengan tiada sebenar (Dan kedua) yang dikehendaki dengan  اله itu yang disembah  dengan sebenar dan Allah itu nama bagi zat tuhan kita جل وعز yang bersifat dengan sifat kamalat. Maka  inilah wajah yang betul yang kita berpegang atasnya.
       
    (Dan wajib) atas orang yang berkata لا اله الا الله itu bahawa berniat dan mulahazoh dahulu daripada berkata dan pada waktu berkata akn keluar Allah itu daripada perhimpunan segala tuhan yang dinafikan yakni Allah Taala itu tiada masuk daripada mulanya di dalam perhimpunan segala tuhan yang dinafikan ( Dan jika) tiada berniat akan keluar Allah daripada segala tuhan yang dinafikan itu nescaya lazim berlawanan antara akhir kalam dan awalnya dan lazim beriman kemudian daripada kufur yakni pada waktu berkata لا اله itu kufur dan pada waktu berkata الا الله itu beriman kerana awal kalamnya itu memberi faedah akan nafi segala ketuhanan sekeliannya hingga Allah Taala pun ternafi juga dan akhir kalamnya memberi  faedah akan ithbat Allah Taala. (Berkata setengah ulama) bahawasa kalimah لا اله الا الله itu menunjukkan atas ke-asaan Allah Taala dengan makna Allah Taala itu Asa. Maka tiada wajib atas orang yang berzikir bahawa mulahazohkan mengeluar Allah Taala daripda perhimpunan segala tuhan yang dinafikan itu kerana kalimah yang mulia itu bukan daripada bab keluar mengeluar atas qaul ini dan meredhakan dia oleh setengah mereka itu dan padanya kelapangan bagi yang berzikir kerana bahawasanya payah atasnya bahawa mulahazohkan demikian itu.


No comments:

Post a Comment