Monday, July 30, 2012

Cara Tahnik Kanak-kanak

                                  Sekadar hiasan
       Di atas permintaan seorang kawan lama, dalam entri kali ini saya akan perturunkan cara-cara mentahnik kanak-kanak pada hari yang ketujuh sebagaimana yang telah diijazahkan kepada saya oleh guru saya Allahyarham Syaikhuna Hj. Abd. Rasyid al-Fatani al-Makki. Semoga Allah memfaatkan ilmunya. al-Fatihah kepada ruh Syaikhina tersebut. Amin..

        Berkata Syaikhuna tersebut:

    Bermula kaifiyyat hendak tahnik kanak-kanak pada hari yang ketujuh bahawa engkau hantarkan kanak-kanak itu dihadapan riba engkau. Maka memulai engkau membaca;

1) Fatihat al-Kitab hingga akhir (1x)
2)Selawat (3x)
3)Ayat Kursi berwaqaf sembilan sekali pada hal engkau isyarat dengan anak jari telunjuk engkau melingkung akan kanak-kanak itu dan kanak-kanak dijadikan kepalanya pihak lutut engkau yang kiri. Maka engkau mulai isyarat itu bertentang telunjuk engkau dengan bahu kanak-kanak yang kanannya serta lampau sedikit permulaan yang kedua dan yang kemudian daripadanya daripada permulaan yang pertamanya. Demikianlah sembilan waqaf itu. Maka engkau baca pula segala ayat-ayat seperti peraturan ini:

بسم الله الحمن الرحيم      -     فالله خير حافظا وهو أرحم الراحمين   (3 كالي
والله من ورآئهم محيط بل هو قرءان مجيد فى لوح محفوظ (3 كالي
وحفظناها من كل شيطان رجيم (3 كالي
إنى أعيذها بك وذريتها من الشيطان الرجيم (3 كالي
ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين--  الى قول الله تعالى--- فتبارك الله أحسن الخالقين   ( سيلا ليهت سورة المؤمنون 12- 14
      وإن يكاد الذين كفروا ليزلقونك بأبصارهم لما سمعوا الذكر ويقولون إنه لمجنون وما هو إلا ذكر للعالمين (1كالى
 إنا أنزلناه فى ليلة القدر ------   الى آخر السورة (1كالى
سورة الإخلاص دان المعوذتين (1كالى

Kemudian engkau baca doa ini;
أعوذ بكلمات الله التامات من كل عين لامة ومن كل شيطان وهامة (3 كالي
  حصنته بالحى القيوم ودفعت عنك السوء بألف ألف لاحول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم (3 كالي

Maka engkau letakkan namanya dengan bahawa engkau ucapkan;

     بسم الله الرحمن الرحيم---- سماك الله عبدالله أتو فاطمة ---- ( إين جونتوه نام سهاج)

Kemudian engkau baca doa ini;

بسم الله الحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين اللهم صل وسلم على سيدنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين اللهم اغفر لنا ولوالدينا ولمشايخنا وللحاضرين ولكافة المسلمين أجمعين اللهم إنشأه/ها نشأة صالحة وأحيه/ها حياة طيبة وأسعده/ها سعادة الحسنى واجعله/ها بارا بوالديه/ها غير عاق واجعله/ها من الصالحين العارفين العاملين واكفه/ها شر النظرة والعين والحاسدين وأعذه/ها من خلقك أجمعين ولا تحوجه/ها إلا لوجهك الكريم يا الله يا الله يا الله يا أرحم الراحمين وصلى الله على سيدنا ومولانا محمد وعلى آله وصحبه والحمد لله رب العالمين

       Kemudian engkau ambil buah kurma engkau mamah-mamah akan dia dan permasuk akan dia dengan jari telunjuk engkau yang kanan kepada langit-langit kanak-kanak itu digosok-gosokkan dia padanya kemudian dicukur rambutnya pada pihak di atas dahi yang kanan kanak-kanak itu dengan katanya;

بسم الله الرحمن الرحيم توكلت على الله اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا ومولانا محمد
تمت

           


 

9 comments:

  1. syukran jazilan ya akhi... ex maahid

    ReplyDelete
  2. ada lagi sedikit tambahan..petang ni insyaalah

    ReplyDelete
  3. Berkenaan dengan tahnik saya masih blom dapat paham ibarat yang ketiga ia itu:(3)Ayat Kursi berwaqaf sembilan sekali pada hal engkau isyarat dengan anak jari telunjuk engkau melingkung akan kanak-kanak itu dan kanak-kanak dijadikan kepalanya pihak lutut engkau yang kiri. Maka engkau mulai isyarat itu bertentang telunjuk engkau dengan bahu kanak-kanak yang kanannya serta lampau sedikit permulaan yang kedua dan yang kemudian daripadanya daripada permulaan yang pertamanya. Demikianlah sembilan waqaf itu. Boleh kah tuan terang kan dengan bahasa yang lebih mudah di fahami. Sekian. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berwaqaf 9 bermaksud 9 kali berhenti membaca ayatul qursi..

      Delete
  4. Kalau blh tlg isi baris...

    ReplyDelete
  5. Mananya dalil amalan ini sahabat??? Allahul musta'an

    ReplyDelete