Thursday, April 11, 2013

BICARA KALIMAH TAUHID DI DALAM KITAB خلاصة الجواهر (siri 1)


Berkata; Tuan Guru Hj. Sulong al-Fatani:(klik  di sini  untuk pengenalan kitab)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله التموحد فى إيجاد الخلق وإعدامه بإرادته وقدرته والممتاز يبننا وبين الضالين بانتساب الكسب والاختيار لعبده


   Bermula puji itu bagi Allah tuhan yang Esa ia pada mengada makhluk dan meniadakan dia dengan iradatnya dan kudratnya. Dan tuhan yang membeza ia antara kita Ahlu Sunah Wal Jemaah dan antara orang yang sesat dengan terbangsakan usaha dan ikhtiar bagi hambanya.

والصلاة والسلام على سيدنا محمد الذى اوتى بجوامع الكلم لاجراء احكام الاسلام وعلى اله واصحابه الذين هم كالنجوم من اقتدى بهم اهتدى الى اعلى المقام

 

     Bermula rahmat dan sejahtera atas penghulu kita Nabi Muhammad yang didatangkan dengan kalam yang menghimpunkan bagi maksud kerana melakukan segala hukum Islam dan atas keluarganya dan sahabatnya yang mereka itu seperti bintang pada pihak penujuk. Bermula mereka yang mengikut dengan mereka itu dapat pertunjuk ia kepada setinggi-tinggi maqam.

 
    (اما بعد ) Adapun kemudian daripada itu maka inilah satu hantaran yang kecil lagi bersih yang hamba aturkan dia atas satu muqaddimah dan dua bahas dan satu khatimah pada bicarakan perkara yang menjilahkan mata hati orang yang awam yang tergelam mereka itu di dalam laut jahil kerana ketiadaan hirau mereka itu akan pekerjaan agama dan I'tiqad yang wajib atas mereka itu mengetahui akan dia dan belajarkan dia.

 

اللهم وفقنا واهدنا الى صراطك المستقيم. وارزقنا اتباع محجة رسولك الكريم

(MUQADDIMAH)

 

     Ketahui olehmu bahawasa terjamah ( لا اله الا الله) dengan bahasa Melayu itu; Tiada tuhan melainkan Allah. Maka maknanya itu dua makna (Pertama) tiada tuhan yang disembah dengan sebenar pada azal adan pada abad itu melainkan Allah (Dan kedua) tiada yang terkaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan tiada yang berkehendak kepadanya oleh tiap-tiap barang yang lainnya melainkan Allah. Dan maksud tiap-tiap daripada dua makna ini hendak menyatakan bahawasa tuhan yang sebenar itu satu jua yaitulah bernama dengan Allah tiada yang lainnya sekali-kali dan kalimah ( لا) pada bahasa Melayu tiada dan iaitu bagi nafi ertinya meniadakan dan kalimah (اله) pada bahasa Melayu tuhan dan iaitu yang dinafikan ertinya yang dihukum dengan tiada adanya dan kalimah (الا) pada bahasa Melayu melainkan dan iaitu mengeluarkan ertinya mengeluarkan barang yang kemudian daripada barang yang dahulu dan kalimah (الله) itu nama bagi zat yang واجب الوجود yang mustahak bagi ibadat dan yaitu yang dikeluarkan daripada nafi yang dahulu yaitulah yang diithbatkan kemudian daripada nafi ( Dan makna اله itu) yang disembahkan dengan sebenar dan yaitu am(عام ) yang melekapi bagi tiap-tiap yang disembah dengan sebenar pada waqi' sama ada Allah Taala dan lainnya dan jikalau adalah wujud yang lain daripada Allah itu mustahil sekalipun.
     (Dan makna الله itu) yang disembahkan dengan sebenarnya dan yaitu satu jua yakni Allah itu nama bagi zat yang disembah dengan sebenar lagi yang mengadakan bagi alam dan iaitu satu suku yang tertentu daripada mafhum ketuhanan yang banyak( Dan misal yang demikian itu) seperti kita kata; Tiada laki-laki di dalam rumah ini melainkan Muhammad. Maka laki-laki itu melekapi bagi banyak orang sama ada Muhammad dan lainnya dan Muhammad itu satu orang yang tertentu yang masuk di dalam mafhum laki-laki. Maka jadilah berlainan mafhum اله dengan mafhum الله itu. Dan kerana berlainan yang tersebut itu sah dikeluarkan الله daripada اله yakni sah dikeluarkan satu suku yang tertentu itu darpada perhimpunan yang banyak(Dan jika) tiada berlainan keduanya itu nescaya tiada sah dikeluarkan الله daripada اله itu kerana dikeluarkan sesuatu daripada dirinya tiada sah seperti kita kata; Tiada Muhammad di dalam rumah ini melainkan Muhammad.

No comments:

Post a Comment