Tuesday, April 16, 2013

SYARAHAN KALIMAH TAUHID SIRI 2



      Maka adalah ( لا اله الا الله) itu terkandung atas nafi dan ithbat. Maka yang dinafikan dengan ( لا اله) itu tiap-tiap satu daripada hakikat ketuhanan yang lain daripada Allah Taala dan yang diithbatkan dengan ( الا الله) itu daripada demikian hakikat itu tuhan yang esa lagi tunggal yaitu Allah Taala dan didatangkan dengan mengithbatkan dengan lafaz ( الا) itu kerana menyimpankan hakikat ketuhanan itu atas Allah Taala jua ertinya tiada dapat ada demikian hakikat itu bagi yang lain daripada Allah Taala sekali-kali pada dalil aqli dan dalil Syarie ( Maka jika) dikata orang bagi engkau bahwasa tuhan yang disembah dengan sebenar pada hakikat yang lain daripada Allah itu tiada ada sekali-kali. Maka bagaimana sah dinafikan dia kerana menafikan barang yang tiada ada itu tahsil al-hasil ( nescaya engkau jawabkan daripadanya) Bermula makna menafikan demikian itu mekhabarkan dan mentahqiqkan akan ketiadaan ada tuhan yang lain daripada Allah Taala bukan maknanya itu meniadakan barang yang tiada ada dan tahsil al-hasil itu meniadakan barang yang tiada ada ( Dan) sah dijadikan nafi itu berhadap kepada barang yang di dalam hati orang yang mukmin kerana bahwasa hati itu merupa ia atas jalan fardhu dan taqdir akan ada beberapa tuhan yang disembah dengan sebenar kemudian menghukum ia atas sekeliannya dengan nafi melainkan Allah Taala jua yang tiada dinafikan dia (Dan) bukanlah nafi itu berhadap kepada yang disembah dengan sebenar yang di dalam hati orang kafir kerana bahwasa barang yang di dalam hati orang kafir itu daripada berhala dan matahari dan lainnya thabit tiada sah nafinya kerana bahwasa berhala dan lainnya daripada barang yang disembah dengan  tiada sebenar itu ada ia pada kharij dan barang yang ada itu tiada sah nafinya.

No comments:

Post a Comment