Saturday, April 6, 2013

FADHILAT AL-SYEIKH ABDUL QADIR AL-MANDILI DAN BEBERAPA MUAALLAFATNYA


    Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Belanda pada 1917 dan lulus kelas Lima pada 1923. Pada 1924, berhijrah ke Kedah kerana mendalami ilmu agama. Pada mulanya beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Bakar Tobiar, di Pondok Penyarum, Pendang, kemudian berpindah ke Pondok Air Hitam di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Idris dan Lebai Dukun. Pada 1926, Sheikh Abdul Qadir memasuki Madrasah Darul Saadah Al-Islamiyah (Pondok Titi Gajah ) yang ketika itu baru diambil alih oleh Sheikh Wan Ibrahim Abdul Qadir (Pak Chu Him). Beliau berguru dengan Pak Chu Him selama 10 tahun sehingga diterima sebagai guru pembantu di pondok ini sekitar 1934. Sesudah 10 tahun di Titi Gajah, Sheikh Abdul Qadir berhasrat untuk berguru dengan abang Pak Chu Him, Sheikh Wan Ismail Abdul Qadir (Pak Da Eil), seorang ulama besar di Makkah ketika itu. Pada 1936, beliau bertolak ke Makkah dan berguru dengan beberapa ulama besar seperti Pak Da Eil Al-Fathani, Sheikh Al-Maliki, Sheikh Hassan Al-Mashat, Sheikh Muhammad Al-Arabi, Sheikh Syed Al-Alawi dan Sheikh Mohamad Ahyad. Turut menjadi guru beliau ialah Sheikh Hasan Yamani, Sheikh Mohamad Nur Saif, Sheikh Yasin Isa Al-Fadani, Sheikh Abdullah Lahji dan Sheikh Zakarian Abdullah Bela.
(sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Qadir_Bin_Abdul_Mutalib dan sedikit pembetulan pada ejaan)

    Berikut adalah senarai beberapa karangannya yang sempat dicetak:


1. KEBAGUSAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN KECELAAN UNDANG-UNDANG MANUSIA, CETAKAN AL-ANWAR, MESIR (SYAWAL 1381H)





2. SINAR MATAHARI (PENOLAKAN FAHAMAN KAUM MUDA YANG DIBAWA OLEH ABU BAKAR AL-ASYA'ARI) CETAKAN AL-ANWAR, MESIR  (MUHARRAM 1379H)



3. ISLAM AGAMA DAN KEDAULATAN(HURAIAN TENTANG CIRI-CIRI KERAJAAN ISLAM, HUKUM BERKONGSI DENGAN ORANG KAFIR DALAM MEMERINTAH ORANG ISLAM, PENAFIAN PAK DA EIL AL-FATANI TERHADAP TULISAN HJ. GHAZALI BIDONG.....) CETAKAN AL-ANWAR, MESIR(SYAWWAL 1379H)



4. MENAKUTKAN DAN MELIARKAN DARIPADA MEMASUKKAN ORANG-ORANG ISLAM AKAN ANAK-ANAK MEREKA ITU KE DALAM SEKOLAH ORANG KAFIR. CETAKAN AL-ANWAR, MESIR(RABI' AL-AWWAL 1380H)



5. AL-MAZHAB ATAU TIADA HARAM BERMAZHAB. CETAKAN AL-ANWAR, MESIR(RAMADHAN 1379H)


6. SABILILLAH(HURAIAN MAKSUD SABILILLAH YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT) CETAKAN  UNITED PRESS, PENANG, T.T)


7. PEMBANTU SEKELIAN ORANG ISLAM. CETAKAN KEDUA DI AL-ANWAR, MESIR(1375H)



8. SIASAH DAN LOTERI SERTA ALIM ULAMA'. CETAKAN AL-ANWAR, MESIR(SAFAR 1382H)


9. AL-ASAD AL-MU'AR(HUKUM CINA BUTA) CETAKAN AL-ANWAR, MESIR(MUHARRAM 1379H)



No comments:

Post a Comment